Rabu, 22 Jun 2011

Joran memancing lengkap dengan kamera video untuk monitor umpan

Saya rasa, bagi sesiapa yang hobinya suka memancing @ mengail pasti suka alat ini. Perkenalkan, joran memancing yang dilengkapi dengan kamera video kalis air dan skrin LCD warna untuk memonitor umpan di dalam air.

FishEyes Underwater Camera Fishing Reel

Tak perlu angkat selipar buruk, baju dalam wanita, seluar dalam, batang kayu buruk, dan macam-macam lagi dengan adanya kamera itu. Anda boleh tengok hasil tangkapan anda secara 'live' dalam skrin LCD nya.

Kamera videonya juga dilengkapi dengan lampu LED untuk menerangkan kawasan umpan itu mendarat, yang boleh di pasang atau ditutup.

Nama joran ini FishEyes dibuat oleh Nextsport, dan saya tidak menjualnya, tetapi jika anda mahu membelinya, anda boleh cuba lihat di laman web coolmaterial.com. Ia juga ada dijual di Amazon.com dengan harga dalam $99.99 dolar (RM303). Tak pasti pula saya ianya sudah sampai ke Malaysia atau belum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.