Khamis, 2 Jun 2011

Google salahkan hacker komputer China kerana ceroboh Gmail

gmail from google
Google Inc. menyalahkan penggodam (hacker) komputer China kerana menceroboh akaun email peribadi Gmail milik ratusan orang termasuk pegawai kanan kerajaan, kakitangan tentera dan pejuang politik.

Pencerobohan yang didedahkan itu adalah kali kedua berlaku dalam 17 bulan yang dikesan Google terhadap China sebagai pangkalan bagi skim yang bertujuan menggodam maklumat dalam rangkaian komputer Google.

Kejadian berkenaan dikatakan tidak mempunyai kaitan dengan pencerobohan lebih kecanggihan berpusat di China pada lewat 2009 dan awal tahun lalu. [AP , via Berita Harian]


Baru-baru ini Pentagon mengatakan bahawa serangan komputer dari negara luar dikira sebagai tindakan perang. Maka apakah agaknya tindakan Pentagon ke atas penggodam China ini? Atau ia hanya satu retorik politik juga .......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.