Jumaat, 24 Jun 2011

Filem komedi pertama di dunia

L'Arroseur Arrosé first comedy film
Sebelum ini kita baca tentang Filem seram yang pertama di dunia. Sekarang saya bawakan pula Filem komedi yang pertama di dunia. Semua filem zaman tok nenek kita dulu belaka ni dan masih tidak ada suara lagi.

Filem komedi pertama di dunia juga berasal dari Peranchis, iaitu L'Arroseur Arrosé yang bermaksud The Waterer Watered (Penyiram air disiram). Tajuk pun sangat unik dan aneh, tetapi isi filemnya lawak dan lucu.

Filem ini diarah dan diterbitkan oleh Louis Lumière dan dilakonkan oleh 2 orang pelakon saja iaitu François Clerc dan Benoît Duval. Lucu kan, sebuah filem dengan 2 orang pelakon saja. Tetapi padanlah kerana masa tayangannya pun hanya lebih kurang 1 minit saja.

Ianya ditayangkan pada 10 Jun 1895, lebih awal setahun dari Filem seram yang pertama. Nak tahu kisahnya macam mana? Saksikan saja video di bawah.





Filem komedi pertama di dunia , Film comedy pertama di dunia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.