Isnin, 30 Mei 2011

Wanita bawa zakar lelaki yang cuba merogolnya ke balai polis

Baru-baru ini di Russia berlaku di mana isteri kerat zakar suami dan buangnya ke dalam lubang tandas. Kali ini wanita di India pula, tetapi munasabah sikit kerana mengerat zakar lelaki yang cuba merogolnya.

Aiyya, main kerat-kerat saja lening! Hilang habis kemaluan lelaki. Wanita itu pula tidak fikir ke, yang lelaki itu pula akan cuba mengeratnya nanti? Main berbalas kerat lah kemungkinannya. Berat nanang! 

DHAKA: Seorang wanita berusia 40 tahun memotong kemaluan seorang lelaki yang didakwa cuba merogolnya dan membawanya ke balai polis sebagai bukti, kata polis di sini, hari ini.

Ketua Polis daerah itu, Abul Khaer berkata, wanita itu yang sudah berkahwin, diserang suspek ketika sedang tidur di rumahnya di daerah Jhalakathi, kira-kira 200 kilometer selatan Dhaka malam Sabtu lalu.

"Ketika suspek cuba merogol mangsa, wanita itu memotong kemaluannya dengan sebilah pisau. Dia kemudiannya membungkus kemaluan itu dalam beg dan membawanya ke balai polis Jhalakathi sebagai bukti jenayah," katanya.

Kemaluan itu disimpan di balai polis dan suspek sedang menjalani rawatan di hospital. - AFP


[Berita Harian]

2 ulasan:

  1. Kalau dah semua main kerat2 ni abis lah semua lelaki jadi EUNUCH.

    Sungguh terror wanita sekarang. Jangan main main.

    BalasPadam
  2. Kalau dah semua main kerat2 ni abis lah semua lelaki jadi EUNUCH.

    Sungguh terror wanita sekarang. Jangan main main.

    BalasPadam

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.