Selasa, 31 Mei 2011

Trend remaja membakar diri sendiri untuk keseronokan

Remaja di Oklahoma, AS, mengambil bahagian dalam trend yang membahayakan, iaitu mereka membakar diri mereka sendiri dan rakan-rakan seperti adegan stunt dalam filem.

Puluhan video di YouTube mendokumenkan isu tersebut. Remaja menyemburkan pada tubuh mereka dengan semburan tubuh yang sangat mudah terbakar, kemudian membakarnya. Beberapa orang menggunakan 'spray' untuk membuat bola api dan melemparkannya ke arah satu sama lain.

Satu sumber mengatakan, pelajar kelas 8 Shawnee cuba melakukan trik dengan hasilnya mendapat bencana. Gadis itu menerima luka bakar darjah ketiga dan telah keluar dari sekolah selama beberapa minggu.



[NewsOn6.com - 19 Mei]


Memang makin banyak kerja gila dan mencari penyakit yang suka dilakukan oleh remaja-remaja sekarang. Bila dah kena penyakit dan mendapat sakit baru menyesal.

Semoga remaja-remaja semua menggunakan akal fikiran, agar tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang ternyata boleh membahayakan diri dan orang lain.

"Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik". (Surah Al Baqarah : 195)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.