Selasa, 31 Mei 2011

Salih Yaakob telah selamat nikah isteri keempat

Alhamdulillah, dah selamat dah diijab kabul abang artis kita, Salih Yaakob dengan Samihah. Semoga akan berbahagia dan berkekalan. Hidup poligami!  Keh3 

KUALA LUMPUR, 31 Mei - Pelakon, pelawak dan penyampai radio Salih Yaakob selamat diijab kabul dengan seorang pelajar pengajian tinggi awam Samihah Sheikh Amy di Johor Baru semalam, demikian lapor media tempatan hari ini.

Penyampai radio Sinar FM berusia 49 tahun itu sah menjadi suami kepada Samihah, 25, yang juga dikenali sebagai Emi dengan mas kahwin RM23 menerusi dua kali lafaz di Masjid Kulaijaya.

Laporan Utusan Malaysia dan Berita Harian berkata, dengan mengenakan persalinan pengantin berona perak, kedua-keduanya disatukan oleh kadi daerah Kulaijaya, Fahmi Samad pada pukul 3.50 petang dalam satu majlis yang serba sederhana.

Salih turut memberikan wang hantaran sebanyak RM25,000 kepada keluarga pihak pengantin perempuan.

Majlis meraikan kedua-dua mempelai kemudiannya diadakan di sebuah hotel di Taman Abad, Johor Baru malam tadi yang dihadiri kira-kira 180 ahli keluarga pihak pengantin perempuan.

Salih dan Emi yang kini menjadi isteri keempatnya mula berkenalan di Pulau Pangkor, Perak pada November lalu dan sejak itu hubungan mereka semakin rapat.

Salih mempunyai 11 orang anak.  Emi merupakan pelajar jurusan pengangkutan. [Malaysian Insider]

3 ulasan:

  1. Abang Salih, abang Salih.. Is-One, Is-Two, Is-Three.. sekarang dah Is-Four
    Tahniah bang.. semuga rumah tangga rukun damai, aman bahagia.

    BalasPadam

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.