Isnin, 30 Mei 2011

Polis Vietnam dilarang pakai cermin mata gelap dan merokok

Polis Vietnam
Kesian polis Vietnam, usahkan merokok, pakai cermin mata gelap pun dilarang. Tetapi ada bagusnya juga dalam soal merokok tu. Sekurang-kurangnya dapat menggalakkan anggota polis untuk berhenti merokok. Jangan pula lepas habis waktu kerja balun rokok sepuas-puasnya. Kalau tidak sia-sia menanggung derita tidak boleh merokok waktu kerja :D

Jika berhenti terus merokok, lawan perasaan dalam sebulan atau dua, insyaAllah nanti bau asap rokok pun kita tidak suka. Saya bercakap atas pengalaman saya sendiri. Maka, berhentilah merokok! :)

Bagaimana agaknya jika peraturan sebegini dikenakan ke atas polis di negara ini? 

HANOI 30 Mei - Vietnam melarang anggota polis daripada memakai cermin mata gelap, merokok, minum alkohol dan membuat panggilan peribadi ketika bertugas.

Arahan itu dikeluarkan oleh Kementerian Keselamatan Awam dan turut melarang anggota polis daripada berbual-bual, membaca buku dan surat khabar ketika bertugas.

Akhbar tempatan, Tuoi Tre melaporkan arahan itu adalah berikutan klip video yang dimuat ke dalam Internet menunjukkan pegawai trafik memakai cermin mata gelap, menghisap rokok dan menerima rasuah. [AP , Via Utusan Malaysia]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.