Berita Terkini

Polis meminta orang ramai berhati-hati dengan ancaman simbah asid

KUALA LUMPUR: Polis meminta orang ramai berhati-hati dengan ancaman simbahan asid oleh lelaki tidak dikenali berikutan satu lagi kes cubaan terbaru di Jalan Desa Pandan, di sini, petang kelmarin.

Cubaan berkenaan menjadikan 23 kes dikesan dari Februari hingga 27 Mac lalu dan reda seketika sebelum kembali pada 6 dan 7 Mei lalu dengan masing-masing dua kes dilaporkan di Sentul dan Dang Wangi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata pihaknya mengenali identiti penjenayah terbabit.

“Seperti yang kita tahu, suspek berusia 30-an dan dipercayai menunggang motosikal jenis Honda EX5 berwarna hitam dan membawa botol berlabel 100 Plus ketika melakukan jenayah itu."

“Nombor pendaftaran motosikal itu dipercayai palsu. Kita akan lakukan segala-galanya bagi melindungi masyarakat,” katanya.

Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Lumpur sebelum ini menubuhkan satu pasukan khas dibantu 40 anggota bagi membendung kegiatan suspek yang mensasarkan wanita dan pelajar sekolah.


[Harian Metro - 15 Mei 2011]



Kekasih malang

SERI ALAM: Seorang lelaki hanya mampu merayu sambil tangan dan kakinya diikat, ketika teman wanitanya yang juga seorang ibu tunggal beranak satu dirogol bergilir-gilir dua penjenayah bersenjatakan pisau di sebuah rumah kosong di Telok Jawa di sini, pada jam 2.25 pagi, Isnin lalu.

Terdahulu mangsa berusia 26 tahun memandu kereta bersama teman wanitanya berusia 24 tahun berhenti di persimpangan lampu isyarat di kawasan berhampiran, sebelum didatangi dua suspek yang menunggang motosikal sambil mengacukan pisau ke arah mereka.

Seorang daripada suspek turun dari motosikal dan mengugut akan mencederakan pasangan itu sebelum mangsa diarahkan memandu kereta ke sebuah rumah kosong, manakala seorang lagi penjenayah mengekori dari belakang dengan menunggang motosikalnya.

Difahamkan, ketika tiba di rumah kosong itu, tangan dan kaki mangsa diikat dan dua penjenayah berkenaan kemudian merogol teman wanitanya.

Lelaki terbabit dikatakan hanya mampu melihat dan mendengar tangisan teman wanitanya meminta tolong, sebelum mereka berdua ditinggalkan di rumah itu.

Berita selanjutnya dalam akhbar Harian Metro .......

[Harian Metro]


Gambar suspek simbah asid yang dikeluarkan oleh TV3


Orang ramai terutamanya kaum wanita dinasihatkan agar jangan berjalan bersendirian lebih-lebih lagi di tempat-tempat yang sunyi. Ntah orang gila mana yang suka mengacau ketenteraman awam ini. Orang seperti ini lah yang sewajarnya dikenakan hukuman berat. Rotan 100 kali masih tidak padan untuk mengajarnya. Melihatkan keadaan mangsa yang ada yang menjadi buta dan cacat rupa , mungkin hukuman kerat tangan penyimbah asid itu baru sesuai! 

Diharapkan pihak polis dan orang ramai memberi kerjasama agar lebih teliti berkawal dan mengambil langkah berjaga-jaga di kawasan yang berkenaan. Orang buruan seorang sahaja , bukannya ramai .......


1 ulasan:

  1. Polis tahan wanita disyaki ada kaitan kes simbah asid

    KANGAR 15 Mei - Polis menahan seorang wanita yang disyaki mempunyai kaitan dalam kes serangan asid ke atas seorang pemandu lori di Kampung Sentang, Utan Aji dekat sini Jumaat lalu.

    Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Noordin berkata, wanita berusia 34 tahun itu ditahan awal hari ini selepas dia menyerah diri di Balai Polis Kangar kira-kira pukul 1 pagi.

    Polis menahan reman wanita tersebut yang dipercayai merupakan bekas teman wanita kepada mangsa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

    Dalam kejadian itu, Muhamd Hanif Sunai @ Shuaib, 24, cedera parah dan melecur 50 peratus pada muka dan badannya selepas dikatakan disimbah asid di rumahnya.

    Mangsa dikatakan diserang dengan asid sebaik sahaja membuka pintu rumahnya kira-kira pukul 1 pagi setelah mendengar ketukan di pintu rumahnya.

    Mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. [Bernama]

    BalasPadam

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (55) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.