Isnin, 30 Mei 2011

Menteri di Paris letak jawatan atas kes penderaan seksual

gangguan seks
Politik di Peranchis pun ada melibatkan seks juga. Tidak habis-habis masalah seks di merata-rata tempat. Apa tidaknya, wanita-wanita seksi semakin ramai keluar di media-media lebih-lebih lagi di media barat.

Akhbar-akhbar di barat hari-hari memaparkan wanita yang berpakaian seksi yang sengaja mahu jolok mata orang, sebagai daya penarik akhbar. Itu baru di dalam akhbar, belum lagi dalam majalah. Dan belum lagi dikaitkan isu porno yang sangat berleluasa di dalam internet sekarang ini, ih ih ih ih ih.

PARIS 30 Mei - Seorang menteri meletak jawatan dalam kerajaan bagi menafikan dakwaan terbabit dalam penderaan seksual, dua minggu selepas bekas Ketua Pengarah Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn ditahan atas tuduhan jenayah seks.

Menteri Perkhidmatan Awam, Georges Tron, didakwa mencabul kehormatan dua wanita yang bekerja ketika beliau memegang jawatan Datuk Bandar, katanya dalam surat peletakan jawatan kepada Presiden Nicolas Sarkozy bahawa dia akan membuktikan dirinya tidak bersalah.

Beliau meletak jawatan selepas pendakwaraya berkata, mereka sudah menjalankan penyiasatan awal terhadap tuduhan berkaitan serangan seksual dan rogol terhadapnya. [Berita Harian]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.