Sabtu, 28 Mei 2011

Isteri Eizlan Yusof ditipu lelaki yang menyamar sebagai pramugara

KUALA LUMPUR  28 Mei  -  Seorang lelaki yang menyamar sebagai pramugara dikesan menjalankan kegiatan menipu beberapa artis di negara ini membabitkan kerugian puluhan ribu ringgit, sejak beberapa tahun lalu dan masih aktif hingga kini.

Modus operandi lelaki berusia 20-an itu ialah mendekati golongan selebriti terutama artis terkenal dengan memperkenalkan diri sebagai pramugara syarikat penerbangan terkemuka.

Dalam perbualan itu, lelaki itu akan menawarkan khidmat membeli barangan berjenama dengan harga yang murah di luar negara termasuk di Amerika Syarikat dan Eropah hingga memperdaya golongan selebriti mengirim barangan berkenaan kerana tertarik dengan tawaran diberikan.

Mangsa terbaru lelaki itu ialah seorang model, Vie Santie Harun, 25, yang juga isteri kepada pelakon, Eizlan Yusof, 39, yang mendakwa kerugian RM7,000 selepas mengirim beberapa barangan berjenama.

Katanya, sebelum menipu, lelaki itu beberapa kali membantunya mendapatkan barangan murah seperti beg tangan dan pakaian berkualiti kononnya dibeli dari London dengan harga murah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.