Jumaat, 27 Mei 2011

Ejen mafia dan pekerja asing

Di mana agaknya ejen-ejen Mafia bersembunyi di Malaysia ya? Ntah-ntah ejen MLM disangka ejen Mafia .......

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Tinggi Pakistan di sini hari ini, menasihatkan rakyatnya yang bercadang mencari pekerjaan di Malaysia agar berwaspada dengan 'ejen mafia' bagi mengelakkan diri daripada diekploitasi.

Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia, Masood Khalid turut mengingatkan mereka agar menghubungi pihak berkuasa kedua-dua negara, selain melengkapkan diri dengan pengetahuan berkaitan sebelum datang ke Malaysia.

"Bahagian Kebajikan Komuniti juga mengingatkan promoter luar negara Pakistan agar tidak melayan permintaan daripada mana-mana pihak di Malaysia yang tidak disokong Kementerian Luar, atau Kementerian Dalam Negeri Malaysia serta tidak melalui Suruhanjaya ini bagi mengelakkan eksploitasi pekerja oleh ejen atau majikan palsu," katanya dalam satu kenyataan.

Buat masa ini terdapat kira-kira 39,000 rakyat Pakistan di Malaysia, meliputi 28,000 pekerja, 3,000 pelajar dan 8,000 ekspatriat.

Selain itu, seramai 171 rakyat Pakistan berada dalam tahanan di Malaysia atas pelbagai kesalahan berkaitan undang-undang imigresen. [Harian Metro]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.