Berita Terkini

1,135 kes cerai tak sampai setahun di Terengganu

hati hancur kes cerai
Lebih 10 peratus pasangan suami isteri di negeri Terengganu bercerai selepas berkahwin tidak sampai setahun. Ini berdasarkan rekod daripada 10,524 pasangan yang berkahwin di seluruh negeri ini sepanjang tahun lalu, 1,135 daripadanya bercerai.

Daerah Kuala Terengganu menjadi mencatatkan rekod tertinggi apabila 432 daripada keseluruhan 3,496 pasangan berkahwin tahun lalu bercerai selepas setahun berumahtangga.

Ini diikuti daerah Besut yang mencatatkan seramai 183 pasangan bercerai; Kemaman (154); Dungun (162); Hulu Terengganu (85); Marang (94) dan Setiu 25, manakala 180 pasangan terpaksa dirujuk kepada Bahagian Undang-undang Keluarga Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) untuk diberi kaunseling.

Bagaimanapun, daripada keseluruhan 1,135 pasangan suami isteri yang bercerai, 353 pasangan rujuk semula selepas mengikuti program motivasi dianjurkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) dan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT).

Antara faktor dikenal pasti punca utama perceraian, termasuk pasangan kurang asas agama, kegagalan pasangan terutama suami memikul tanggungjawab, campur tangan keterlaluan dari ahli keluarga serta pasangan bermain kayu tiga, sekali gus gagal mempertahankan rumah tangga.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, Yahya Khatib Mohamad, berkata walaupun fenomena perceraian di negeri ini masih rendah berbanding negeri lain, ia memusnahkan institusi keluarga dan turut memberi kesan kepada kerajaan negeri.

Justeru, beliau berkata, kerajaan negeri melalui YPKT mengambil beberapa langkah bagi mengurangkan kes perceraian termasuk memperkenalkan pakej bulan madu kali kedua kepada pasangan yang usia perkahwinannya di bawah lima tahun.

“Kerajaan negeri terpaksa mengambil inisiatif menganjurkan program bulan madu kali kedua ini bagi mengurangkan kes perceraian terutama membabitkan pasangan yang mendirikan rumah tangga pada alam usia muda.

“Seboleh-bolehnya kita tidak mahu institusi keluarga yang dibina porak peranda sehingga memberi kesan kepada pembentukan masyarakat pada jangka panjang,” katanya.

Yahya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan berkata, kerajaan negeri melalui dua agensi iaitu YPKT dan JHEAT berusaha menganjurkan pelbagai kursus termasuk kebahagiaan rumah tangga bagi mengurangkan masalah ini.

Katanya, perceraian dan keruntuhan rumah tangga akan menyebabkan kerajaan negeri turut terkena tempiasnya kerana terpaksa menyediakan peruntukan bagi membantu anak pasangan bercerai dan menyalurkan bantuan bulanan kepada ibu tunggal.

Sementara itu, Pesuruhjaya JHEAT, Mohd Rozali Salleh, berkata berkahwin kerana nafsu, tidak bersedia dari segi mental dan kewangan selain kurang asas agama dan panduan daripada ibu bapa menyebabkan berlaku perceraian awal.

“Siasatan kami mendapati kebanyakan mereka kala tidak bersedia untuk kahwin.

Ada antara mereka yang terpaksa berkahwin kerana sudah terlanjur atau semata-mata kerana nafsu sedangkan masih tidak bersedia dari segi mental dan kewangan.

“Kes ini menyumbang kepada peningkatan kadar perceraian walaupun usia perkahwinan. Jika pasangan berkahwin atas dasar kasih sayang, setidak-tidaknya mereka sudah bersedia dari segi mental dan dalam masa sama mereka akan berusaha untuk memperkukuhkan kewangan demi kerukunan rumah tangga yang dibina," katanya.


[Berita Harian]


Buleh tahang weh negeri ambe nih!! hhmmmmmmm

2 ulasan:

  1. Suatu social stigma yang sangat membimbangkan. Lebih banyak kursus rumahtangga dan ceramah2 di anjurkan semakin ramai yang bercerai berai.

    Berlaku dimana2 juga dinegara Islam yang lain. Jangan lah kerana Islam menghalalkan perceraian maka semakin hari semakin ramai yang mengambil jalan mudah ini.

    Jangan lah disalah gunakan kerana perceraian adalah sesuatu yang dibenci Allah walaupun ia nya dihalalkan.

    BalasPadam
  2. Suatu social stigma yang sangat membimbangkan. Lebih banyak kursus rumahtangga dan ceramah2 di anjurkan semakin ramai yang bercerai berai.

    Berlaku dimana2 juga dinegara Islam yang lain. Jangan lah kerana Islam menghalalkan perceraian maka semakin hari semakin ramai yang mengambil jalan mudah ini.

    Jangan lah disalah gunakan kerana perceraian adalah sesuatu yang dibenci Allah walaupun ia nya dihalalkan.

    BalasPadam

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (54) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (334) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.