Saya pun tidak pasti pihak mana yang mulakan dulu, tetapi politik Malaysia ni dari dulu lagi, apabila dekat sahaja pilihanraya, mesti ada beberapa orang artis yang digunakan untuk turut berkempen. Tetapi rasanya bukan Malaysia saja, negara-negara lain pun 2 kali 5.
Yang terbaru ini diberitakan AC Mizal dan isterinya yang juga artis iaitu Emylia Rosnaida pula telah menyertai UMNO dan akan diikuti oleh Pengarah filem Hantu Kak Limah Balik Rumah iaitu Mamat Khalid pula nanti. Sepertimana yang diberitahunya kepada Utusan Malaysia, "Saya datang untuk memberi sokongan kepada AC Mizal. Insya-Allah saya akan masuk UMNO menerusi Bahagian Gopeng."
Ada orang berkata, AC Mizal ni kaki kelentong (melalui bisnes gelangnya), maka layaklah masuk UMNO. Oopss, bukan saya yang kata ya, tetapi ada tulisan-tulisan di internet ni ;))
Berita AC Mizal masuk UMNO ini nampak berkesinambungan sangat dengan berita Bob Lokman masuk PAS. Seperti mahu bersaing pula ya. Maka jika tuan-tuan dan puan-puan nampak, yang mana satu yang lebih banyak mahukan Islam dan pentingkan akhirat dari dunia? :)
"dan sesungguhnya akhirat itu lebih baik dari permulaan (dunia), dan kelak Tuhanmu akan memberi kurniaNya padamu, lalu kamu menjadi puas" [Surah adh-Dhuha : Ayat 4-5]
"Barangsiapa mencintai dunia nescaya membawa melarat kepada akhiratnya, siapa mencintai akhiratnya membawa melarat kepada dunianya, maka utamakan lah apa yang kekal dari apa yang fana (binasa)." [Hadith Riwayat Ahmad, Al Baraaz, AtThabrani]
Saya tertarik dengan antara kata-kata AC sempena dia masuk UMNO, “Saya terus menerimanya kerana selama ini saya lihat (Umno) begitu komited dalam perjuangan demi menegakkan keadilan,” kata AC Mizal.
Menegakkan KEADILAN? Apakah keadilan yang sebenar bagi seseorang pemimpin? Pemimpin yang adil adalah pemimpin yang menjalankan Hukum Islam dengan betul dan saksama, bukannya pemimpin yang menjalankan Hukum Sekular. Itu yang kita semua mesti faham dan kaji baik-baik.
"Itulah hukum-hukum Allah, Maka janganlah kamu melanggarnya. Barangsiapa yang melanggar hukum-hukum Allah, mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al Baqarah : Ayat 229)
“……Barangsiapa tidak menghukum perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.” Surah Al Ma’idah : 45
Jika tidak sanggup untuk melaksanakan Undang-undang Islam, maka JANGAN jadi pemimpin. Bagaimana kita mahu mengatakan sesuatu pemimpin rakyat itu ADIL jika mereka tidak melaksanakan Hukum / Undang-undang Allah? Apakah keadilan yang diukur? Dari kaca mata siapa, dari kaca mata British?
Kerana jika pemimpin tidak melaksanakan Undang-undang dari Allah, maka akan berlakulah peperangan sesama sendiri, dari peperangan mulut sampai lah perang jasad. Lihat sahajalah seluruh dunia sekarang ini, umat Islam ramai berperang dan berkelahi sesama sendiri, termasuklah di Malaysia kita ini.
".......Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “. Hadith Riwayat Ibnu Majah

Beberapa orang artis sebelum ini sudah menyertai dan berjuang bersama PAS seperti Azmil Mustapha (hero filem Ali Setan) , Akhil Hayy (yang memang PAS dari kecik pun) dan Ringgo (kumpulan Arrow).
Dan ada ura-ura juga mengatakan yang Cico (anak Uji Rashid) juga telah bersama PAS , lebih-lebih lagi setelah beliau dilihat bersama Bob Lokman dengan pakaian berserban.
Tentang Amy Search pula masih tidak pasti dan tidak ada penyertaannya ke dalam PAS secara rasmi. Cuma beliau sering dilihat bersama Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan amat menyanjungi Tok guru kecil molek dari Kelate itu.
Dan begitu juga artis-artis yang masuk dan berkempen untuk UMNO pula. Ini memang tidak terbilang lah rasanya, kerana boleh dikatakan majoriti artis pernah digunakan oleh UMNO untuk kempen mereka.
Lagi pun Pilihanraya Umum sudah semakin dekat, maka selain dari taktik menjerat ahli politik melalui tuduhan melakukan seks bebas, para artis pun digunakan untuk berkempen. Ini jelas dapat dilihat apabila tiba sahaja musim pilihanraya , taktik yang sama sahaja digunakan berulang-ulang.
Tak mustahil suatu hari nanti, Malaysia pula akan mendapat Perdana Menteri yang berasal dari seorang artis. Seperti mana bekas Presiden Amerika Syarikat Ronald Reagan, dan Presiden Haiti yang terbaru Michel Martelly. :)
Saya tidak mahu menuduh dan mengata kepada sesiapa, tetapi marilah kita sama-sama mengambil pengajaran dari hadith-hadith di bawah ini.
Daripada Abdullah bin Amr bin ‘ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Bahawasanya Allah s.w.t. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah s.w.t. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.” [Hadith Riwayat Muslim]
Dari Sahl bin Saad as-Saaidi r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; ‘Ya Allah! Jangan kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu masa di mana para ulama sudah tidak diikut lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada fasihnya).” . [Hadith Riwayat Ahmad]
Daripada Aisyah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Tidak akan berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibu bapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik”. [Hadith Riwayat Thabrani]

Kategori:
Dunia Hiburan
,
Politik

5 komen:
Banyak nya taktik memancing undi sekarang ya, maklum lah pilihanraya dah dekat
Yang terbaru pulok, polis dah tak bersembunyi di sebalik semak ke apa dah untuk menyaman orang, JPJ tidak lagi senarai hitam kes belum dibawa ke mahkamah, nak kasi email percuma lah kepada rakyat (kasi internet percuma baru betul), beramah mesra dengan Blogger lah (sedangkan dulu kutuk Blogger) dan sebagainya lah.
Nak goda rakyat yaa?? :)
rakan saya begitu meminati amy search sejak zaman muda lagi..beliau memberitahu amy yg baru selesai menunaikan solat kelihatan berjubah ketika sound check utk konsert gemuruh di johor baru2 ni..pendapat saya..bersama dgn pemimpin politik x semestinya artis itu berpolitik..mungkin hanya sekadar menyanjungi pemimpin tersebut
Ada betul nya juga kata saudara Tan tu. Terima kasih kerana sudi beri pendapat :)
Betul En Tan Cruse. Amy pun dah banyak berubah kan? Semasa concert sulong nya di Singapura tahun lepas, nampak benar kematangan nya dan dah jauh "sober" dah beliau. Alhamdulillah. Satu perubahan yang positive. Biar sedikit tapi tetap. Kata orang, berkawan dengan orang baik akan terasa bahang nya dan akan terpalit kebaikan itu pada kita. Insya Allah.
rakan saya begitu meminati amy search sejak zaman muda lagi..beliau memberitahu amy yg baru selesai menunaikan solat kelihatan berjubah ketika sound check utk konsert gemuruh di johor baru2 ni..pendapat saya..bersama dgn pemimpin politik x semestinya artis itu berpolitik..mungkin hanya sekadar menyanjungi pemimpin tersebut
Catat Ulasan
Terima kasih :)