Berita Terkini

Semua orang Kristian akan menjadi Muslim selepas Nabi Isa kembali

Sudah banyak perdebatan yang berlaku di antara umat Islam dan umat Kristian mengenai agama mana yang benar dan agama mana yang bathil. Sudah banyak hujjah dikemukakan dari kedua-dua belah pihak, namun semua itu insyaAllah akan terjawab tidak lama lagi.

Agama Kristian dulunya juga berasal dari agama samawi (agama langit) yang disebarkan oleh Nabi Isa a.s @ Yeshua @ Yesus @ Jesus Christ. Tetapi sayangnya telah diubah suai oleh Paulus dan kerajaan Rome yang mencampur adukkan unsur dewa-dewi Greek kuno dan juga falsafahnya. Dan yang sedihnya lagi, agama yang  asalnya juga menyembah Tuhan yang satu dipropaganda kan oleh mereka menjadi tuhan 3 dalam 1.

Berikut adalah petikan-petikan dari tulisan Harun Yahya (Adnan Oktar) dari laman web beliau berkenaan kedatangan Nabi Isa a.s di akhir zaman.

Baginda akan menjadi pemimpin dunia Kristian dan akan membawa mereka kepada Islam dengan mengatakan bahawa baginda seorang Muslim. Baginda akan mengaku sebagai nabi mereka, dan juga beragama Islam. Baginda akan memberitahu bahawa mereka juga perlu mengikuti agamanya kerana mereka mengikutinya. Maka mereka semua akan menjadi Muslim pada Akhir Zaman. Ini adalah antara peristiwa yang paling menakjubkan pada Akhir Zaman. Pertama ialah kedatangan Imam Mahdi a.s, kedua ialah kepulangan Nabi Isa a.s, dan ketiga ialah dominasi Islam di dunia. Kesemua perkara ini pasti berlaku di abad ini.


Wawancara dengan Azerbaijan TV (Jun 2008)

Sebagaimana yang anda sedia maklum, Nabi Isa a.s asalnya berbangsa Yahudi. Baginda menukar kepercayaan itu kepada Kristianiti. Kini baginda akan merubah Kristianiti kepada Islam. Nabi Isa a.s akan bertanya sama ada mereka beriman kepadanya, bahawa bagindalah nabi mereka, dan menuruti perintah AlQuran. Maka pengikutnya juga harus taat kepada ajaran AlQuran.


Wawancara bersama Denge TV (9 Disember 2009)

Kita akan menunggu kepulangan Nabi Isa a.s. Apabila baginda kembali, hati mereka akan dilapangkan. Pada ketika ini, mereka risau melakukan sesuatu yang menyalahi Nabi Isa a.s dan tidak dapat menghindari kebimbangan psikologi tersebut. Namun hati mereka akan lebih terbuka apabila Nabi Isa a.s sendiri yang memberitahu perkara ini. Baginda akan berkata, “Lihat, akulah nabimu, AlQuran itu benar, agama yang dibawakan oleh Nabi Muhammad S.a.w itu juga benar, aku telah menganutinya dan kamu juga perlu mengikutinya, dan seluruh dunia Kristian akan menerima Islam.” Allah berfirman di dalam satu ayat bahawa pada saat baginda wafat, tiada seorang pun Ahli Kitab, Kristian dan Yahudi yang tidak beriman dengannya.


Wawancara di Ekin TV 26 (Januari 2009)

Said Nursi berkata; “apabila Kristianiti dan Islam sedia untuk bersatu” semua kesangsian akan diangkat dan para Kristian akan bersedia untuk menerima Islam. Namun mereka juga mengharapkan Nabi Isa a.s memberi pengesahan tentang perkara ini. Mereka berharap baginda memberitahu “Ya, kamu harus menjadi Muslim; aku seorang Muslim dan kamu harus mentaati AlQuran.” Golongan Kristian tidak akan melakukan perkara ini kerana takut menyalahi Nabi Isa a.s. Namun mereka akan merasa senang apabila Nabi Isa a.s sendiri yang mengkhabarkan perkara tersebut.


Wawancara langsung di Tempo TV (20 Januari 2009)

Dengan kedatangan Nabi Isa (a.s) ke Bumi, Amerika akan menerima Islam serta keindahan dan sinaran Islam akan meresap ke seluruh Amerika, dan Amerika akan menjadi Islam dari atas ke bawah, insyaAllah. Justeru, jika pembahagian yang mereka hajati, Amerika sememangnya telah terbahagi kepada negeri-negeri, namun tidak akan ada perpecahan dalam erti kata sedemikian, tetapi akan wujud keimanan yang berpadu. Lantaran mereka semua akan menjadi Muslim, tidak akan ada pemisahan atau masalah, insyaAllah.


Harun Yahya juga mengatakan bahawa tidak mustahil pada tahun 2012 iaitu tahun hadapan Nabi Isa a.s akan kembali. Ada seorang ahli arkeologi membuat kajian berkenaan Kalendar kaum Maya yang dikatakan berakhir pada 21 Disember 2012

Ahli arkeologi itu telah memberi spekulasi berkenaan apa yang tertulis di bahagian yang merujuk kepada satu kejadian tidak terduga pada tahun 2012 dan membuat satu kenyataan yang berbunyi “Ia tertulis, ‘Dia akan turun dari langit’.”

Jawapan Harun Yahya berkenaan hal tersebut seperti di bawah;

Tentu sahaja, ia mungkin terjadi. Ianya tidak mustahil dari segi tarikhnya, adalah munasabah Mesiah akan berumur 33 tahun apabila dia kembali. Tidak mustahil dia akan datang pada tahun 2012, ia wajar. Kerana dia akan melancarkan perjuangan untuk suatu masa... Maksimum 10-15 tahun lagi sehingga kedatangannya, insyaAllah. Penerangan yang terdapat di situ amat menarik. MasyaAllah. Tercatat bahawa dia akan datang dari langit, bukankah begitu?

AlQuran juga sudah menegaskan tentang perkara ini dalam ayat yang bermaksud, “ Tidak ada seorang pun ahli kitab kecuali akan beriman kepadanya sebelum kematiannya. Dan di hari kiamat nanti Isa akan menjadi saksi terhadap mereka”.  (Surah An-Nisaa : Ayat 159)

Nabi Isa a.s adalah salah satu dari tanda akhir datangnya kiamat. "Dan sesungguhnya Isa itu benar-benar memberikan pengetahuan tentang hari kiamat. Kerana itu janganlah kamu ragu-ragu tentang kiamat itu dan ikutilah Aku. Inilah jalan yang lurus."  (Surah Az-Zukhruf : Ayat 61)


Hadith-hadith berkenaan akan turunnya Nabi Isa a.s

"Sesungguhnya aku berharap umurku panjang agar dapat berjumpa dengan Nabi Isa Ibnu Maryam. Tetapi jika maut lebih dahulu menjemputku, maka barangsiapa di kalangan kamu yang berjumpa dengan baginda sampaikanlah salamku kepadanya." (Hadith Riwayat Imam Ahmad)

"Nabi Isa bin Maryam akan turun (pada akhir zaman ) dengan membenarkan syariat aku (Nabi Muhammad s.a.w), baginda akan membunuh Dajjal. Dan sesungguhnya turunnya baginda adalah menjadi tanda dekatnya hari Qiamat." (Hadith Riwayat Ahmad)

"Demi Zat yang diriku dalam kekuasaanNya. Tidak diragukan lagi bahawa Nabi Isa akan turun kepada kamu, lalu menjadi Hakim yang adil, memecahkan kayu salib, membunuh babi, menghapuskan jizyah dan pada waktu itu mengalirlah harta kekayaan yang banyak sehingga ada orang yang bersedekah namun tidak ada orang yang mahu menerimanya." (Hadith Riwayat Tirmizi)

Demi Dzat yang diriku berada ditanganNya, sesungguhnya Ibn Maryam akan mengucapkan tahlil dengan berjalan kaki untuk melaksanakan haji atau umrah atau kedua-duanya dengan serentak”. (Hadith Riwayat Ahmad & Muslim dari Abi Hurairah)

“Isa ibn Maryam akan turun di ‘Menara Putih’ (Al Mannaratul Baidha’) di Timur Damsyik”. (Hadith Riwayat Thabrani dari Aus bin Aus)

“Tidak ada seorang nabi pun antara aku dan Isa dan sesungguhnya dia benar-benar akan turun (dari langit), apabila kamu telah melihatnya, maka ketahuilah bahwa dia adalah seorang laki-laki berperawakan tubuh sedang, berkulit putih kemerah-merahan. Dia akan turun dengan memakai dua lapis pakaian yang dicelup dengan warna merah, kepalanya seakan-akan menitiskan air walaupun ia tidak basah”. (Hadith Riwayat Abu Dawud)

“Tiba-tiba Isa sudah berada di antara mereka dan berkumandangkanlah solat, maka dikatakan kepadanya, majulah kamu (menjadi imam solat) wahai roh Allah.” Dia menjawab: ”Hendaklah yang maju itu pemimpin kamu dan hendaklah dia yang mengimami solat kamu”. (Hadith Riwayat Muslim & Ahmad)

Dan sebagainya lagi , wallahu a'lam ....... Di bawah ini video penerangan ringkas oleh Ustaz Azhar Idrus berkenaan turunnya Nabi Isa a.s di akhir zaman.





[Harun Yahya, Ustaz Azhar Idrus, AlQuran, AlHadith]

4 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. wa'alaikumussalaam w.b.t....... wahai Kaer, kalau disebutkan HADITH, bermakna ia adalah dari nabi lah wahai saudara. Jika dari sahabat, ia akan disebut kata2 sahabat sahaja. Syukron :)

    BalasPadam

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (55) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.