Berita Terkini

Illuminati dan kaitannya dengan hiburan - Bahagian 2

....... Sambungan dari Illuminati dan kaitannya dengan hiburan

Sejak dari masa nabi Muhammad S.a.w lahir lagi, syaitan telah kehairanan dan berhala-berhala bergoncangan. Kisah ini ada disebutkan di dalam Kitab Ihya' Ulumiddin oleh Imam Al Ghazali. Adalah diceritakan ketika Nabi Muhammad S.a.w lahir, syaitan-syaitan telah melaporkan kepada Iblis. Pendekkan cerita, Iblis mengarahkan tentera-tenteranya semua agar menipu daya umat Muhammad dari segi KEMEWAHAN dan HIBURAN. Tidak perlu lagi menipu daya manusia sehingga menyembah patung dan berhala. Kerana itu lah manusia sekarang ini amat tergila-gila kan HARTA dan juga HIBURAN.


Beberapa lagi simbol yang digunakan oleh artis dalam video klip lagu mereka





Video di atas menunjukkan beberapa lagi simbol Illuminati yang diselitkan di dalam video klip artis termasuklah The white stripes - 7 Nation army, Gary Numan - I die you die dan camam2 lagi.

Beberapa simbol dalam kulit depan album muzik




Kulit-kulit depan album artis-artis termasuklah Motley Crue, Slayer, Venom, Alan Parsons project, Therion, Def Leppard, Earth Wind and Fire, Mo Thugs, Pink Floyd, Iron Maiden, Tenacious D, Steve Vai, Limp Bizkit,  dan banyak lagi yang tidak tersenarai dalam video ini.


Syarikat-syarikat rakaman muzik adalah milik Illuminati

Boleh dikatakan semua syarikat rakaman antarabangsa yang besar dimiliki oleh mereka. Sebagai contohnya Virgin Records. Logonya tiada lambang matahari, segitiga dan seumpamanya, tetapi ia memakai nama Virgin. Virgin bermaksud 'perawan'. Itu sahaja sudah melambangkan bahawa tuhan penyembah berhala dulu adalah lahir dari seorang 'perawan'. Sebagai contohnya Horus yang lahir dari Isis.

virgin

Syarikat seperti Warner Bros pula bukan sahaja mengendalikan rakaman album lagu tetapi juga mempunyai cawangan dalam bidang perfileman. Pengasas Warner Bros iaitu Jack Leonard Warner atau nama asalnya Jacob Warner amat dikenali sebagai seorang anggota Freemasons. Logo yang mereka gunakan adalah berupa sebuah perisai. Perisai Daud juga adalah di antara simbol mereka. Huruf WB juga membentuk seakan piramid, dan huruf W itu serampang 3 mata.



.
Warner_Bros._Records_Logo



Beberapa orang artis mati selepas bercakap mengenai Illuminati


Ini hanya sekadar teori kerana tiada bukti lagi dari pihak polis atau mana-mana untuk membuktikannya. Cuma mengapa selepas artis-artis ini mengeluarkan kenyataan atau pendapat mengenai Illuminati, tidak lama kemudian mereka dibunuh atau pun terbunuh?

Tupac, artis negro RAP Amerika, yang mati ditembak dulu dikatakan tidak lama sebelum ditembak, dia menyebut tentang Illuminati di dalam lagunya yang bertajuk 'Hail Mary'. Di dalam lagu tersebut, dia menyebutkan Illuminati sebagai 'Killuminati'. Di dalam temuramah dengannya, Tupac memberitahu betapa dia dipaksa untuk menyertai Illuminati tetapi dia menolaknya.

John Lennon, bekas anggota kumpulan yang paling top di dunia dulu iaitu The Beatles juga berakhir riwayat hidupnya selepas mengeluarkan sebuah lagu yang memperkatakan tentang Illuminati. Dan ada satu transkrip tulisannya yang menceritakan tentang adanya satu pertubuhan yang mana ahli-ahli nya terdiri dari keturunan dari pemerintah mesir kuno dulu iaitu Firaun.

Dan begitu juga tentang artis terbaru yang meninggal dunia baru-baru ini iaitu Michael Jackson @ Mikail. Adalah diberitahu bahawa Mikail ada memperkatakan sesuatu tentang Illuminati, memperbanyakkan slogan-slogan yang memperjuangkan 'love and peace', yang akhirnya dia didapati mati kerana masalah jantung.

michael-jackson-dangerous-album-cover

Segala simbol dan maksud-maksud tersendiri tentang Illuminati terkandung dalam cover album Dangerous seperti dalam gambar di atas.

Walaubagaimana pun, ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Cuma sebab musababnya yang berbeza-beza antara seorang manusia dengan manusia yang lain.

Sejak dari zaman Elvis Presley, The Beatles, Jimi Hendrix, Michael Jackson hinggalah kepada artis-artis zaman sekarang, kebanyakan mereka dibela oleh Illuminati untuk mengawal minda manusia dan mempengaruhi manusia melalui dunia hiburan. Setiap artis yang mahu menjadi glamour dan popular mesti mengangkat sumpah terlebih dahulu untuk menurut sahaja agenda mereka. Barangsiapa yang melawan maka buruk lah padahnya.


Filem-filem peperangan memutar belit keadaan


Perhatikanlah kebanyakan filem perang yang muncul di pawagam. Yang menjadi wira adalah askar-askar Amerika dan sewaktu dengannya. Itu adalah taktik membrainwash penonton agar melihat bahawa mereka berada di pihak yang baik. Pelbagai gaya lakonan yang ditonjolkan yang kebanyakannya mempengaruhi perasaan manusia secara psikologi. Penonton-penonton akan bersemangat menyokong wira-wira tersebut dan bersimpati kepada mereka.

Tetapi adakah lakonan itu sama dengan keadaan sebenar yang berlaku? Di dalam filem, orang jahat pun boleh jadi baik kerana itu adalah lakonan semata-mata. Tetapi jangan kita lupa keadaan dunia sebenar, dengan apa yang pernah diperlakukan oleh tentera-tentera Amerika terhadap umat Islam khususnya.

Ya betul bukan semua askar Amerika itu jahat. Tetapi masalahnya mereka sudah dilatih dan dibrainwash oleh pihak atasan. Dan mereka terpaksa akur menjalankan tugas mereka. Sama ada mereka suka atau tidak, mereka terpaksa mengikut telunjuk kerajaan mereka. Itu yang perlu kita faham.

Dan jika anda mahu tahu, Kementerian Pertahanan Amerika mempunyai beberapa orang pegawai yang tugas mereka ialah berbincang tentang projek filem dengan Hollywood. Mereka dibenarkan membaca skrip-skrip filem dan kemudian diberikan peluang untuk memberikan idea-idea mereka.

Dan dari dulu lagi, kebanyakan pengganas atau orang-orang jahat dalam filem Hollwood adalah dari bangsa Arab (terutamanya beragama Islam) ataupun bangsa-bangsa lainnya (yang menjadi musuh politik AS).


Apa maksud di sebalik anugerah Oscars?


Setiap tahun akan diadakan anugerah Academy Awards untuk memberi anugerah kecemerlangan terhadap mereka-mereka yang berkaitan dengan perfileman seperti pengarah filem, pelakon filem dan penulis skrip. Ianya adalah upacara penganugerahan yang tertua dalam media perfileman. Anugerah yang diberikan berupa sebuah trofi / patung besi hitam bersalut emas Britannium yang berbentuk seorang lelaki yang memegang pedang salib di depannya. Sebenarnya patung itu adalah menyerupai tuhan Ptah (tuhan kraftangan) yang diagung-agung kan oleh Freemasons, dan juga dikaitkan dengan Osiris (tuhan penyembah berhala mesir) yang dalam bahasa Mesirnya dipanggil Ausur.

oscar award
.

Pengaruh Illuminati pada sukan bolasepak


Terlebih dahulu saya memohon maaf sekiranya tulisan ini mengganggu perasaan peminat bolasepak. Ini sekadar mahu mengajak kita berfikir dan merenung sendiri. Perasan kah kita sekarang bahawa ramai mereka yang beragama Islam yang sanggup meninggalkan solat maghrib demi kerana mahu menonton perlawanan bolasepak di stadium? Penonton sanggup bersesak-sesak kerana mahu melihat manusia berebut bola di tengah padang.

Di bawah ini adalah logo kepada kelab bolasepak yang amat diminati ramai dan paling glamour di abad ini iaitu Manchester United. Mari kita selidik, apa yang ada di sebalik logo ini.

manchester-united-logo


Perhatikan bingkai tepi logo tersebut adalah ibarat mata manusia yang sedang celik. Di tengah-tengahnya ialah iris mata yang di dalamnya terdapat sebuah kapal yang mempunyai 3 layar dan seekor syaitan yang memegang serampang 3. Di bahagian atasnya adalah huruf 'H' yang mungkin bermaksud Horus dan di bahagian bawahnya adalah huruf 'I' yang mungkin bermaksud Isis.

Horus adalah tuhan matahari kepada penyembah-penyembah berhala Mesir kuno, dan Isis adalah ibu kepadanya. Dan seluruh logo tersebut berwarna kuning dan merah seolah-olah matahari dan api yang bersemarak.

Tidak kah anda merasa hairan? Manchester United ini dari dulu sampai sekarang tetap menjadi juara dan unggul dalam bolasepak. Adakah kerana pemain-pemain nya betul-betul pandai, atau kerana kuasa duit?

Amacam, masih mahu menjadi peminat setia kelab Manchester United? :) Cukup hanya saya bawakan satu contoh ini sahaja dulu.

Bolasepak antarabangsa sememangnya banyak dipengaruhi oleh mereka, maka tidak hairanlah jika syarikat-syarikat ARAK / MINUMAN KERAS terkenal sering sahaja menaja kelab-kelab bolasepak.

TorresCelebrateG

.
Preview Sukan Olimpik 2012 di London



Perhatikan di dalam video ini mengandungi bendera-bendera seakan ular terbang yang bergerak menuju ke stadium, UFO, burung-burung kecil, nombor 11:11 dan mungkin banyak lagi. Itu semua adalah lambang-lambang atau perkara yang berkaitan dengan Illuminati. Artis CGI yang melakukan animasi-animasi tersebut pun mungkin tidak tahu apa maksud animasi itu. Mereka mungkin hanya diupah untuk membuat kerja tersebut.

Pengaruh Illuminati juga dikatakan ada pada Sukan Olimpik. Maka tidak hairan lah jika kita lihat Sukan Olimpik tanpa segan silu lagi menggalakkan athlit-athlit terutamanya athlit wanita untuk mendedahkan aurat dan menampakkan bentuk tubuh yang jelas. Pelbagai acara seperti gimnastik yang menyebabkan ahli-ahli sukannya terkangkang sana terkangkang sini. Begitu juga ramai athlit wanita yang sudah kelihatan seperti lelaki dari segi fizikal mereka.

Begitu juga kebanyakan sukan lain termasuklah NFL, NHL, NBA dan macam-macam yang bermula dengan huruf N lagi lah. Kerana itu SUKAN yang asalnya hanya dimainkan untuk kesihatan tubuh badan, kini menjadi kegilaan orang. Sehinggakan orang sanggup bertaruh, keluar malam ke stadium, bergaduh kerana sukan, fanatik terhadap ahli-ahli sukan dan menghentam kelab-kelab sukan atau kumpulan yang tidak diminati dan sebagainya. Semua ini adalah untuk melalaikan manusia dari beribadah kepada Tuhan dan memikirkan banyak lagi perkara penting dalam hidup ini.

Dan sukan sekarang bukan setakat untuk bersenam, tetapi sebagai kerjaya. Manusia mencari duit dengan bermain. Manusia mencari kemegahan dan piala dengan bermain. Ya bermain, tidak kira tua atau muda 'bermain'. Adakah kita mendapat bekal ke akhirat hanya dengan bermain? Itulah yang selama ini Illuminati brainwash dan mengawal minda manusia. Sehingga kan manusia sudah melakukan perkara-perkara yang tidak relevan, yang TIDAK PENTING dianggap penting. Yang penting, manusia semakin jauh dari Tuhan dan lalai dalam hidupnya.

Dan yang paling kelakar dalam dunia sukan ini ialah GUSTI, contohnya WWE. Perlawanan gusti itu semuanya adalah dirancang dan menggunakan skrip, semuanya adalah lakonan, tetapi orang masih juga minat dan bersungguh-sungguh mengikuti jalan cerita yang dibuat oleh Vince Mcmahon (sebagai contoh), kononnya seperti betul-betul berlaku. Antara orang yang tertipu dengan gusti ni saya sendiri lah dulu :-D

Vince McMahon itu sendiri ada ura-ura mengatakan bahawa dia adalah 33rd degree Mason.


"Tetapi Fir'aun mendustakan dan mendurhakai. Kemudian dia berpaling seraya berusaha menentang (Musa). Maka dia mengumpulkan (pembesar-pembesarnya) lalu berseru memanggil kaumnya. (Seraya) berkata: "Akulah tuhanmu yang paling tinggi". Maka Allah mengazabnya dengan azab di akhirat dan azab di dunia. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang yang takut (kepada Tuhannya)". [Surah An Naazi'aat : Ayat 21 - 26]


1 ulasan:

  1. Berikut ini hasil undian pembahagian group untuk putaran final Piala Dunia 2010 di Cape Town. 32 negara dalam lapan group yang masing-masing terdiri dari empat negara akan berlawan selama satu bulan penuh mulai 11 Jun hingga 11 July 2010.

    Grup A

    1. Afrika Selatan

    2. Meksiko

    3. Uruguay

    4. Prancis



    Grup B

    1. Argentina

    2. Nigeria

    3. Korea Selatan

    4. Yunani



    Grup C

    1. Inggris

    2. Amerika Serikat

    3. Aljazair

    4. Slovenia



    Grup D

    1. Jerman

    2. Australia

    3. Serbia

    4. Ghana



    Grup E

    1. Belanda

    2. Denmark

    3. Jepang

    4. Kamerun



    Grup F

    1. Italia

    2. Paraguay

    3. Selandia Baru

    4. Slovakia



    Grup G

    1. Brazil

    2. Korea Utara

    3. Pantai Gading

    4. Portugal



    Grup H

    1. Spanyol

    2. Swiss

    3. Honduras

    4. Chile


    Sumber : Antara News

    BalasPadam

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (58) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.